BETONG: Kerajaan Sarawak bersedia menjalin kerjasama dengan pelabur dari luar negarauntuk membangunkan ekonomi hidrogen di negeri ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan berkunjung ke Korea untuk mempereratkan kerjasama dengan pelabur di sana.
"Pada Oktober, saya akan memenuhi undangan ke Jepun untuk berkongsi pandangan mengenai hidrogen," katanya di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2022 di Betong, hari ini.
Sambutan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Abang Johari berkata, ini kerana hidrogen sebagai sumber bahan bakar baharu ke arah transisi tenaga daripada bahan bakar karbon kepada bahan bakar tanpa karbon sebagai mendokong usaha dunia mengatasi perubahan iklim dunia.
Selain itu, Sarawak melalui SEDC Energy juga akan menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan Petronas.
Ini untuk menghasilkan bahan bakar lestari (SAF) daripada alga atau lumut untuk industri penerbangan.
"Industri penerbangan menghasilkan banyak gas rumah hijau yang menjadi antara punca
pemanasan suhu dunia," tambahnya.
Menurutnya, kapal terbang tidak boleh menggunakanhidrogen sebagai bahan bakar tetapi bio-fuel boleh menjadi bahan bakar alternatif yang amat sesuai untuk menguasakan enjin kapal terbang.
Sumber dari : Jiwa Bakti